HomeUtamaOps Tiris 3.0: Cubaan seleweng minyak petrol tumpas

Ops Tiris 3.0: Cubaan seleweng minyak petrol tumpas

Read Time:1 Minute, 59 Second

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak petrol dalam satu serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah jeti haram di Kampung Tampi -Tampi dekat sini pada Selasa (9 Jul).

Ketua KPDN Cawangan Semporna Jong Jee Leong berkata, serbuan dijalankan sekitar jam 5.00 petang itu oleh sepasukan pegawai penguatkuasa dari KPDN Semporna telah menjumpai serta menyita sebanyak 4,025 liter minyak petrol diisi dalam 161 unit gelen berkapasiti 25 liter setiap satu disyaki cuba diseleweng.

“Turut disita kenderaan Perodua MyVi (1 unit), bot laju tiada no. Pendaftaran ( 2 unit), enjin sangkut Yamaha 40HP (2 unit), kereta sorong (4 unit), gelen kosong (114 unit), gelen berisi petrol bercampur 2T (2 unit) dan anak kunci kenderaan MyVi (1 unit).

“Nilai sitaan keseluruhan barang yang dirampas berjumlah RM 74,172.50.

“Pasukan penguatkuasa KPDN bertindak untuk menahan suspek yang berada di lokasi kejadian namun kesemua suspek bertindak terjun ke dalam paya dan lari ke kawasan bakau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jong, risikan telah dijalankan selama seminggu oleh KPDN Semporna sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan makluman awam, premis iaitu sebuah jeti tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan serta tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak petrol di lokasi berkenaan.

“Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 telah didapati menyimpan barang kawalan iaitu Minyak Petrol di premis yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan untuk penyimpanan barang kawalan tersebut.

“Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” tegasnya.

Beliau berkata, KPDN Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri ini agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN

RELATED ARTICLES
Utama

SMK Lok Yuk & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular