HomeUtamaApi-Api Night Food Market operasi sementara di Padang Merdeka Sabtu ini

Api-Api Night Food Market operasi sementara di Padang Merdeka Sabtu ini

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan dipindahkan sementara ke Padang Merdeka pada Sabtu ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi pasar pasar itu akan bermula jam 6 petang sehingga 12 malam.

“DBKK ingin memaklumkan bahawa Api-Api Night Food Market akan dibuka di lokasi sementara iaitu di Padang Merdeka pada 13 Julai ini bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Api-Api Night Food Market akan kembali beroperasi seperti biasa di Jalan Gaya pada minggu berikutnya, iaitu pada 19 dan 20 Julai ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, DBKK memaklumkan operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan ditutup sementara selama dua hari bermula Jumaat ini.

Penutupan sementara itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan di sepanjang Jalan Gaya. 

“Dimaklumkan bahawa operasi dan aktiviti pasar malam Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan ditutup sementara pada 12 dan 13 Julai ini.

“Api-Api Night Food Market @ Gaya Street akan kembali beroperasi seperti biasa pada minggu berikutnya iaitu pada 19 dan 20 Julai,” menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular