HomeIsu tempatanPPKK bantu percepat, permudah penyaluran maklumat

PPKK bantu percepat, permudah penyaluran maklumat

Read Time:1 Minute, 1 Second

Penampang : Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dapat membantu mempercepat dan mempermudahkan penyaluran maklumat yang tepat berkaitan masalah kesihatan setempat kepada masyarakat.

Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr. Carol Lim Kai Joo berkata, PPKK merupakan satu organisasi berkonsepkan kesukarelawan yang mewujudkan saluran komunikasi dua hala sebagai satu forum interaksi antara masyarakat dan kakitangan Jabatan Kesihatan.

“PPKK sentiasa mengambil kira pendapat serta pandangan masyarakat dalam perancangan aktiviti kesihatan seperti hari terbuka, gotong royong, perkhidmatan setempat yang berkaitan tentang kesihatan dan sebagainya supaya ianya bersesuaian dengan keadaan dan budaya setempat.

“Selain itu, panel ini turut berfungsi untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat berkaitan masalah dan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan di samping mewujudkan sikap tanggung jawab bersama di antara masyarakat dan Jabatan Kesihatan dalam menangani masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyusunan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPKK Kawasan Penampang di Pejabat Kesihatan Penampang.

Carol berkata, peranan PPKK dapat mempertingkatkan lagi imej Jabatan Kesihatan melalui pendekatan yang telus disamping dapat mengurangkan salah faham antara masyarakat dan kakitangan kesihatan.

Dalam mesyuarat berkenaan, Pengerusi PPKK Penampang, Patrick Payne dipilih sebagai Pengerusi PPKK Kawasan Penampang bagi sesi 2023/2026 menggantikan pengerusi terdahulu daripada PPKK Putatan, Abd. Kahar bin Mohd. Zain melalui sistem penggiliran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular