HomeUtamaPenganjuran SIBEC 2024 ditunda Oktober ini

Penganjuran SIBEC 2024 ditunda Oktober ini

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 yang dijadualkan pada 2 hingga 4 September depan ditunda ke 19 hingga 20 Oktober 2024.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) selaku penganjur persidangan berkenaan.

Sekretariat SMJ berkata, SIBEC 2024 yang akan diadakan selama dua hari dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober.

“Antara pengisian SIBEC 2024 adalah investor insight, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ambassador talks dengan melibatkan Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru dinegara masing-masing. 

“Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024,” menurut kenyataan itu di sini.

SIBEC 2024 dijangka akan dihadiri oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, semasa SIBEC 2024 juga di adakan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara. 

Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal  https://blueeconomy.sabah.gov.my/ / SIBEC 2024. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular