HomeUtamaKerajaan negeri hargai sumbangan syarikat swasta kepada masyarakat luar bandar

Kerajaan negeri hargai sumbangan syarikat swasta kepada masyarakat luar bandar

Read Time:1 Minute, 49 Second

Tamparuli :  Kerajaan Negeri Sabah menghargai sumbangan yang diberi oleh Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad kepada masyarakat di negeri ini khususnya kawasan di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, syarikat tersebut telah menyumbang kepada masyarakat dalam pelbagai perkara, bagi membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita mengharapkan usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, dan semoga syarikat ini sentiasa sukses dalam perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Penyerahan Lampin Pakai Buang Daripada KTC Consolidated Berhad Kepada Persatuan Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) Daerah Tuaran, di sini.

Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Penaung AKSSI, Datin Malianah Ugau.

Jahid yang juga AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut menyeru kepada semua penerima bantuan, khususnya golongan ibu yang masih mempunyai bayi menyusu, agar sentiasa menghargai bantuan seumpama itu.

“Kepada para ahli Persatuan AKSSI, bekerjalah dengan baik dan tulus ikhlas, bagi memastikan kesemua bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan sasar, terutamanya masyarakat di luar bandar yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Justeru, Jahid menghargai sumbangan berkenaan, dan menganggap KTC sebagai satu daripada syarikat yang sentiasa turun padang atas dasar keprihatinan kepada keperluan rakyat di Sabah.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter  Lau, berkata, sumbangan berbentuk lampin pakai buang itu akan diagih-agihkan menerusi saluran kepimpinan dari 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Penyerahan sumbangan dimulakan di Tamparuli, di mana sebanyak 100 kotak mengandungi sebanyak 8 bungkus lampin pakai buang setiap satu untuk diedarkan oleh AKSSI di kawasan ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar sumbangan berkenaan mampu membantu mengurangkan beban para ibu, bagi membeli lampin pakai buang untuk anak-anak mereka.

Untuk rekod, dalam misi tersebut, pihak KTC akan menyumbangkan bantuan lampin pakai buang berjumlah RM1 juta di kesemua kawasan DUN Sabah.

Dalam pada itu, Pengerusi AKSSI Tuaran, Zarina Abdul, dan seluruh Ahli Jawatankuasa AKSSI Tuaran, berkata, sumbangan tersebut amat bermakna terutamanya untuk mereka yang baharu menyambut anak pertama, bagi meringankan beban membeli lampin pakai buang.

Lima penerima yang hadir pada majlis tersebut ialah Noranira Aminudin, Aleeya Antasya,Raysin Abdullah, Zuriani Saibin, dan Mohd Nazmi Nordin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular