HomeIsu tempatanPasar 'serbaguna' Pekan Weston bakal beri keselesaan kepada penduduk

Pasar ‘serbaguna’ Pekan Weston bakal beri keselesaan kepada penduduk

Read Time:1 Minute, 0 Second

Beaufort : Sebuah pasar ‘serbaguna’ di Pekan Weston di sini bakal dibina bagi memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung yang datang ke pekan itu bagi mendapatkan keperluan harian.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pasar yang menelan kos lebih RM400,000 itu dijangka akan siap sepenuhnya penghujung Januari tahun depan.

“Hari ini saya telah mengadakan simbolik pecah tanah pasar Pekan Weston dimana pasar ini adalah salah satu penaiktarafan pasar sedia ada yang sudah usah dan perlu diganti.

“Pasar ini adalah berkeluasan lebih kurang 80 x 40 persegi. Dan tujuan kita untuk pembinaan pasar baru ini pertama sekali untuk memberi keselesaan kepada para peniaga kita dan pengunjung yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pasar Pekan Weston di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pasar berkenaan juga tidak mempunyai meja kekal atau konkrit bagi membolehkan pasar berkenaan digunakan untuk tujuan lain.

“Sekiranya tidak ada berlaku urusan perniagaan, pasar ini boleh digunakan sebagai gelanggang, seperti dewan, program belia dan mungkin juga majlis untuk masyarakat sekitar seperti kahwin dan lain-lain.

“Ini juga adalah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat khususnya di Pekan Weston,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular