HomeUtamaHajiji yakin akan ada hasil positif selepas mesyuarat MA63 Khamis ini

Hajiji yakin akan ada hasil positif selepas mesyuarat MA63 Khamis ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan berlangsung Khamis ini diyakini bakal membawa hasil yang positif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal membincangkan beberapa isu tertunggak berkaitan MA63.

“Itu adalah mesyuarat MA63 yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi kita berharap sangatlah kita dapat merungkaikan dan juga menjayakan beberapa isu dalam MA63.

“Memang ada lagi isu-isu yang tertunggak yang perlu diselesaikan dan banyak juga yang telah dilaksanakan. Jadi inilah tujuan mesyuarat itu diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan World Engineering, Science And Technology Congress (ESTCON) 2024 di SICC, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, mana-mana perkara MA63 yang belum selesai akan dirunding sebaik mungkin bersama Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

“Ini supaya perjanjian yang dimeterai itu dapat dilaksanakan. Pasti ada hasil yang positif nanti,” katanya.

Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah pada Khamis ini termasuk menghadiri Mesyuarat MA63.

Mesyuarat itu dijadual turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular