HomeUtama66 tan sampah berjaya dilupuskan di Pulau Gaya, Pulau Sepanggar

66 tan sampah berjaya dilupuskan di Pulau Gaya, Pulau Sepanggar

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 66 tan sampah berjaya dikutip dan dilupuskan pada Program KK Cleanup Day 4.0 yang diadakan di Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar di sini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan berkata, program anjuran Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK itu diadakan selama tiga hari bermula semalam.

“Pada hari pertama program ini dilaksanakan, sebanya tan sampah berjaya dikutip dan dilupuskan.  Jelas memperlihatkan usaha dan komitmen tinggi daripada penduduk kampung-kampung yang terlibat.

“Antara kampung terlibat adalah Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Pulau Gaya Asli, Kampung Lobong dan Kampung Torong Logong di Pulau Gaya serta Kampung Pulau Sepanggar di Pulau Sepanggar,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 12 unit bot telah digerakkan untuk mengangkut sampah terkumpul daripada 11 jeti kawasan perkampungan.

Manakala, sebanyak 12 unit jentera berat yang terdiri daripada lori kompaktor, lori ro-ro, jengkaut dan ‘open truck’ digerakkan untuk tujuan melupuskan sampah di tapak pelupusan Kayu Madang.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga semangat ini diteruskan sehingga kemuncak program KK Cleanup Day 4.0: Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar pada Jumaat ini,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Subsidi yuran kemasukan pelajar ke Universiti Awam tidak adil – Masiung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular