HomeIsu tempatanProgram ‘Lead With Life’ diadakan 9 November ini

Program ‘Lead With Life’ diadakan 9 November ini

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu :  Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan menganjurkan program ‘Lead With Life’ selama dua hari bermula 9 November depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Pengerusi program, Dr Davina Markus berkata, program berbentuk kesihatan dan kempen derma darah itu bertujuan untuk merekrut penderma darah baharu, terutamanya dari kalangan belia wanita ahli Gagasan Rakyat yang akan memimpin sebagai contoh teladan dalam komuniti. 

Katanya, pihaknya percaya bahawa langkah pertama itu adalah untuk memberi kesedaran dan inspirasi kepada masyarakat luar adalah dengan menunjukkan teladan dari dalam parti itu sendiri.

“Belia wanita di Gagasan Rakyat diharapkan akan tampil ke hadapan dan menjadikan derma darah sebagai satu tanggungjawab sosial dan tanda komitmen kepada masyarakat.  Ini adalah kesempatan bagi ahli wanita kita untuk memperlihatkan bahawa pemimpin wanita mampu menjadi penggerak masyarakat yang berdedikasi dan berwibawa dalam usaha kemanusiaan. 

“Program ini juga menawarkan ruang khas untuk penderma baharu yang dilengkapi dengan sudut cafe corner, cenderahati eksklusif, pemeriksaan gigi dan kesihatan percuma,” katanya dalam kenyataan di sini.

Davina berkata, melalui program itu juga pihaknya berharap agar mesej kesedaran tentang kepentingan derma darah dapat disebarluaskan ke seluruh negeri, terutamanya di kalangan generasi muda.

Katanya, adalah harapan kami agar masyarakat dapat menyaksikan keberanian dan komitmen ahli wanita Gagasan Rakyat yang bersedia memberi melalui “Your 1st Drop Gives A Lifetime Impact, Lead With Life!”.

“Amatlah dialu-alukan sokongan semua pihak untuk menjayakan program ‘Lead With Life’ dan berharap agar inisiatif ini akan memberikan impak yang berpanjangan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular