HomeUtamaPelajar IPT Sabah dalam negeri terima subsidi RM300

Pelajar IPT Sabah dalam negeri terima subsidi RM300

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Bantuan subsidi sekali bayar sebanyak RM300 akan diberikan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam negeri.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Raia Hotel, di sini hari ini.

“Ya, kita akan bagi subsidi kepada pelajar-pelajar kita yang menuntut dalam negeri. Contohnya jika mereka berasal dari Sandakan atau Tawau tapi menuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau di Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau dimana saja di Kota Kinabalu, kita akan bantu mereka RM300 seorang.

“Begitu juga yang menuntut di cawangan UITM umpamanya di Tawau atau Sandakan, mereka balik Kota Kinabalu atau daerah lain, mereka juga kita bantu,” katanya.

Hajiji berkata, bayaran subsidi sekali bayar ini akan digunakan pada musim perayaan.

“Sama ada mereka mahu naik kapal terbang atau menggunakan bas dan sebagainya, mereka akan dapat setahun sekali sahaja terutama untuk perayaan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan GRS pimpinannya adalah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat. 

“Sebab itu kita sentiasa mendengar apa yang diminta oleh rakyat termasuk golongan pelajar kita.

Pelbagai inisiatif dan bantuan yang diberikan kepada rakyat khususnya pelajar adalah untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berilmu, yang akan membantu membangunkan negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Sabah juga telah memberikan bantuan khas tiket penerbangan sekali bayar sebanyak RM600.

Bantuan yang disalurkan itu diberikan kepada pelajar Sabah yang menuntut di IPT Semenanjung,Sarawak dan Labuan yang dikreditkan terus ke akaun pelajar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular