HomeIsu tempatan'Skolar Next Level' beri pendedahan guna teknologi AI

‘Skolar Next Level’ beri pendedahan guna teknologi AI

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Program Skolar Next Level: Educators with Canva and ChatGPT (SNL) dilihat mampu memberikan pendedahan mengenai penggunaan teknologi Generative AI dan Canva dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program itu dianjurkan Skolar Malaysia dengan kerjasama Pusat e-Pembelajaran (PEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sawit Kinabalu Group.

Pengarah PEP, UMS Prof. Dr. Fong Soon Fook berkata,  usaha dan sinergi antara IPTA dan pihak sekolah amat penting dalam menyediakan pelajar dan murid yang peka terhadap penggunaan teknologi pembelajaran terkini.

“Skolar Next Level ialah inisiatif yang dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia bagi menyebar luas akan pentingnya kemahiran digital dalam dunia pendidikan moden.

“Selaras dengan dasar pendidikan digital teras kedua iaitu Pendidik Kompeten Digital bagi merapatkan lagi jurang digital dan juga SDG keempat iaitu kualiti pendidikan bagi memperkasakan para pendidik,” katanya dalam satu kenyataan sempena penganjuran program tersebut.

Menurut Fong, melalui program SNL para pendidik dapat mempraktikkan teknologi seperti ChatGPT dalam penyediaan bahan pengajaran serta Canva dalam menyediakan idea dalam bentuk visual yang lebih menarik dan mudah difahami oleh pelajar.

“Ini bukan sahaja meningkatkan kreativiti guru sebagai pendidik, tetapi juga membantu mereka lebih efisien dalam menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan efektif,” ujar Fong.

Mengulas lanjut, beliau berharap program Skolar Next Level dapat membuka peluang baharu untuk warga pendidik di Sabah khususnya dalam mempercepatkan pembelajaran teknologi.

“Melalui program ini, para pendidik bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran yang relevan untuk era digital, tetapi juga dapat membangunkan minda yang inovatif dan kreatif bagi mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang interaktif di dalam kelas.

Program SNL menghimpunkan seramai 200 orang pendidik daripada pensyarah, guru, pelajar sepanjang hayat (life-long learners) dan jurulatih daripada seluruh pelusuk negeri Sabah.

Program ini menyaksikan kehadiran Dr. Muhammad Tazli Azizan, pengasas bersama Skolar Malaysia sekali gus menjadi jurulatih utama program dan merupakan Canva Verified Expert yang kedua serta Brandon Liau, anak watan Sabah, yang merupakan Canva Verified Expert pertama di Malaysia. –SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Gandingan ayah, anak cipta legasi keluarga cemerlang dalam akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular