HomeUtamaSayap Pelajar GRS digesa terus santuni pelajar di Sabah

Sayap Pelajar GRS digesa terus santuni pelajar di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sayap Pelajar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa untuk terus menyantuni golongan pelajar di negeri ini, bagi memastikan golongan itu memberikan sokongan kepada GRS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, golongan muda adalah menjadi penentu kepada kejayaan GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

“Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terkini, sejumlah hampir 950,000 pengundi muda iaitu antara18 hingga 40 tahun bakal mengundi pada PRN ke-17 pada tahun hadapan.

“Justeru, saya menyarankan kepada Sayap Pelajar GRS untuk terus menyantuni golongan pelajar. Ini penting bagi memastikan golongan itu memberikan sokongan kepada GRS. 

“GRS merupakan parti yang meletakkan kepentingan orang muda di kedudukan yang istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS di Raia Hotel di sini, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS  berkata, sayap itu berperanan penting dalam membantu menyakinkan rakyat khususnya pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama mengenai dasar dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan GRS.

Selain itu, pentingnya juga kestabilan politik demi untuk masa depan rakyat dan negeri ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai konvensyen itu, Hajiji berkata, beliau mahu mendengar aspirasi golongan muda terutama penuntut-penuntut ataupun pelajar Sabah di IPT awam mahu pun swasta.

“Jadi dengan konvensyen ini, kita dapat mengetahui apa sebenarnya mereka mahu. Cadangan-cadangan mereka dan keperluan-keperluan, masalah-masalah yang mereka hadapi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular