HomeUtama51 pesakit terjejas di Hospital Papar dipindahkan sementara

51 pesakit terjejas di Hospital Papar dipindahkan sementara

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Seramai 51 orang pesakit dalam di Hospital Papar yang terjejas dengan insiden kebakaran melibatkan stor farmasi semalam telah dipindahkan sementara ke beberapa lokasi berbeza di hospital itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, terdapat lapan pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan turut terkesan dengan insiden berkenaan.

“Daripada jumlah pesakit dalam yang terjejas, seramai 19 pesakit lelaki ditempatkan di Dewan Bedah dan 14 pesakit wanita ditempatkan di Wad Materniti.

“Selain itu 14 pesakit kanak-kanak kekal di Wad Kanak-kanak sementara empat pesakit materniti, termasuk dua pesakit pos natal, kekal di Wad Materniti,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, bagi pesakit yang berada di Jabatan Kecemasan pula, seorang di zon merah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Katanya, tiga lagi pesakit yang berada di zon kuning sedang menunggu untuk dipindahkan ke hospital sama.

“Empat lagi pesakit di zon kuning Jabatan Kecemasan masih berada di khemah sementara yang didirikan di luar kawasan hospital.  Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Semalam, sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar terbakar sepenuhnya, manakala bilik makmal kajian terkena bahang api dalam kejadian kira-kira pukul 7.08 malam.

Dr Dzulkefly berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa dan nilai kerugian sedang dianalisis.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi tersebut dan memberikan maklumat lanjut kepada orang ramai dari masa ke masa.

Kebakaran Hospital Papar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.  Beliau memetik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk lndera Dr Nor Azimi Yunus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular