HomeUtamaUMS cipta sejarah kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu guna robot 

UMS cipta sejarah kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu guna robot 

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengibarkan bendera UMS di puncak Gunung Kinabalu menggunakan robot rekaan pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan UMS semalam.

Ekspedisi menawan Gunung Kinabalu sempena sambutan Ulang Tahun UMS ke-30 itu diketuai sendiri Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Kasim Md Mansor.

Kasim yang tiba dipuncak kira-kira jam 6 pagi semalam turut disertai seramai 30 peserta terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Raman Noordin, Pengarah Pusat Alumni Dr. Arif @ Kamisan Pusiran dan pegawai serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Turut sama menyertai ekspedisi itu adalah anggota keselamatan, pasukan perubatan dari Hospital UMS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024, pelajar Fakulti Kejuruteraan yang terlibat dalam pembuatan robotik, atlet UMS; dua pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) serta seorang pelajar antarabangsa dari negara Jepun.

Kasim dalam hantaran di Facebooknya berkata, UMS Lambang Puncak Jaya merupakan nama program yang diambil dari senikata lagu UMS Bertekad Csmerlang sebagai mercu tanda UMS di puncak Gunung Kinabalu.

Katanya, pencapaian itu bukan sahaja melambangkan kegigihan dan semangat tinggi dalam meraikan ulang tahun ke-30 UMS, tetapi juga simbolik kepada kejayaan UMS dalam mendaki puncak kecemerlangan pendidikan dan inovasi sepanjang tiga dekad ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, yang menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMS untuk terus mengorak langkah dengan penuh semangat dan dedikasi. 

“Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada kita semua untuk terus membawa nama UMS ke puncak dunia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Perkhidmatan feri ekspres Labuan-KK ditangguh pengoperasian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular