HomeUtama1,224 barang rampasan bernilai lebih RM100,000 di Sabah dilupuskan ST

1,224 barang rampasan bernilai lebih RM100,000 di Sabah dilupuskan ST

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Tenaga (ST)  berjaya melupuskan sejumlah 1,224 barangan rampasan bernilai lebih RM100,000 bagi kes-kes di Negeri Sabah.

ST dalam satu kenyataan memaklumkan, proses pelupusan ini melibatkan beberapa kes termasuk kes-kes di bawah Ops Curi Elektrik melibatkan lima kertas siasatan; Ops Kelengkapan Elektrik (empat kertas siasatan) dan Kes Kemalangan Elektrik (empat kertas siasatan).

Timbalan Pengarah Unit Penyiasatan ST, Ir. Nik Mohd Bakhry Abu Bakar telah hadir bagi menyaksikan proses pelupusan barangan rampasan tersebut di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam di Pusat Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini baru-baru ini.

“Pelupusan barang rampasan ini dilakukan berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) yang melibatkan 13 kertas siasatan yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.

“ST telah melantik sebuah syarikat yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pengurusan e-waste dilaksanakan secara lestari, bagi mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan   Terjadual)   2005.   

“Proses   pengurusan   barangan   kes   ini   melibatkan pengasingan antara sisa terjadual, sisa boleh dikitar semula dan sampah.

“Menurut pihak syarikat, barangan ini akan dihantar kepada pembeli dan ke fasiliti pemprosesan lengkap jadual berdasarkan pengasingan yang dilaksanakan,” menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA / FOTO ST

RELATED ARTICLES
Utama

Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular