HomeUtamaSesi libat urus pemurnian data miskin tegar negeri Sabah bersama ADUN bukan...

Sesi libat urus pemurnian data miskin tegar negeri Sabah bersama ADUN bukan Kerajaan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) Jabatan Ketua Menteri, hari ini mengadakan Sesi Libat Urus Pemurnian Data Miskin Tegar Negeri Sabah Fasa 2.0 siri 1 Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan Kerajaan.

Seramai dua orang ADUN daripada parti bukan Kerajaan dan tiga lagi wakil ADUN lain menyertai sesi libat urus itu. 

Mereka yang hadir ialah ADUN Tungku, Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian dan ADUN Bongawan, Dr.Daud Yusof serta wakil ADUN daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Sukau dan Darau.

Sesi libat urus itu diadakan susulan arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada persidangan DUN Sabah baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ Datuk Rosmadi Sulai telah menyampaikan perutusan dan pembentangan pengenalan Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah.

Rosmadi berkata, kerajaan negeri komited merealisasikan agenda untuk menoktahkan kemiskinan di Sabah. 

Beliau memohon bantuan dan kerjasama daripada ADUN-ADUN untuk mengenalpasti senarai rakyat termiskin dan miskin tegar di kawasan masing-masing.

Katanya, sesi libat urus itu penting bagi mendapatkan input dan cadangan daripada semua, terutama sekali ADUN bukan parti kerajaan dari segi menambah senarai nama

Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tercicir dari Sistem e-Kasih di kawasan DUN masing-masing ke dalam Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Sabah (PADANS)

Rosmadi berkata, sesi libat urus ini mencerminkan keterbukaan dan komitmen pimpinan kerajaan pada waktu ini untuk membasmi kemiskinan tegar di Sabah. 

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menegaskan bahawa usaha-usaha dalam menoktahkan kemiskinan tegar tidak seharusnya dibatasi oleh agama, bangsa atau fahaman politik,” katanya.

Sempena Sesi Libat Urus Pemurnian Data Miskin Tegar Negeri Sabah itu, ADUN-ADUN dan wakil mereka turut didedahkan dengan Sistem PADANS dan tatacara permohonan pendaftaran sistem itu bagi tujuan intervensi bantuan kelak.

Turut hadir pada sesi libat urus itu ialah Pengarah Sekretariat SMJ,  Rosnih Othman dan pegawai-pegawai lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular