HomeUtamaCEO Sabah Mineral Tepis Dakwaan Bekas CEO Berhubung Salah Laku

CEO Sabah Mineral Tepis Dakwaan Bekas CEO Berhubung Salah Laku

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALI — Dalam perkembangan terkini mengenai kontroversi yang melibatkan Sabah Mineral Sdn Bhd (SMM), Ketua Pegawai Eksekutifnya, Natasha Sim, tampil menafikan tuduhan yang mengaitkannya dengan salah laku, termasuk penggunaan jet peribadi yang didakwa ditaja serta pemalsuan minit mesyuarat lembaga pengarah.

Menurut kenyataan Sim, dakwaan terhadapnya adalah tidak berasas dan bersifat berniat jahat dan beliau menyifatkan tuduhan ini sebagai percubaan terancang untuk mencemarkan reputasinya dan memutarbelitkan fakta.

Kenyataan Sim itu tampil selepas satu Laporan polis yang dibuat di Sabah petang tadi mendakwa beliau bersama suaminya menggunakan jet peribadi milik seorang pedagang kayu-kayan untuk perjalanan ke Indonesia, yang turut disertai dua anak kepada pedagang tersebut. Tuduhan ini ditambah pula dengan dakwaan bahawa Sim telah meminda minit mesyuarat lembaga pengarah secara tidak sah.

Sebagai respons, Sim menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh pihak berkuasa dan menegaskan akan memberikan kerjasama penuh. Beliau turut mendedahkan bahawa beliau memiliki dokumen yang mampu menyangkal tuduhan tersebut dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu katanya Lapor Portal FMT malam ini.

Isu ini timbul seiring dengan tuduhan oleh SMM terhadap bekas CEO mereka, Jontih Enggihon. Jontih didakwa melanggar kewajipan fidusiari, melakukan penipuan, dan berpakat dengan pemberi maklumat yang disyaki menjadi dalang di sebalik video dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah.

Sebaliknya, Jontih menafikan dakwaan tersebut, menyifatkannya sebagai fitnah, dan menyatakan dirinya tidak pernah menjadi orang tengah seperti yang didakwa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjalankan siasatan yang melibatkan lima Adun Sabah yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Walaupun siasatan ini melibatkan isu politik dan korporat yang kompleks, fokus utama SPRM adalah untuk memastikan keadilan ditegakkan tanpa gangguan pihak berkepentingan.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular