HomeUtamaHajiji pengerusi Mesyuarat AMT GRS

Hajiji pengerusi Mesyuarat AMT GRS

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini petang tadi.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengerusi GRS yang juga Presiden- presiden parti komponen gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam (Parti Bersatu Sabah (PBS)), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) dan Datuk Seri Yong Teck Lee (Parti Maju Sabah (SAPP)).

Naib-naib Pengerusi yang hadir terdiri daripada Brig. Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Datuk Chin Su Pin yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).

Hadir sama Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd.Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum, Setiausaha GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, Bendahari, Ardino Diris, Ketua  Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan AMT-AMT lain.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah penubuhan Jentera Pilihanraya Pusat (Negeri) dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya.

Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), SAPP, PBS, STAR, USNO, Harapan Sabah, LDP, dan Parti Cinta Sabah (PCS). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular