HomeUtamaFestival Kebudayaan Korea inisiatif rapat hubungan Sabah, Korea Selatan

Festival Kebudayaan Korea inisiatif rapat hubungan Sabah, Korea Selatan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Festival Kebudayaan Korea 2024 menandakan permulaan pengenalan budaya Korea yang lebih meluas di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, acara itu merupakan batu loncatan untuk inisiatif masa depan yang pasti akan merapatkan lagi hubungan diantara kedua-dua negara.

“Selain itu, ia memberikan sumbangan bermakna kepada kepelbagaian budaya di Sabah, sebuah negeri yang telah lama menjadi contoh cemerlang bagi kehidupan aman dan harmoni.

“Lebih penting lagi, Festival Kebudayaan Korea menjadi pemangkin untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara Korea dan Sabah dalam pelbagai sektor, termasuk ekonomi, pembangunan sosial dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika melancarkan festival itu di Plaza Shell di sini semalam.

Christina berkata,  meskipun komuniti Korea di Sabah agak kecil sekitar 1,000 orang,  namun, komuniti ini akan terus berkembang menjadi sebuah komuniti yang berkemampuan, aktif dalam pembangunan masyarakat tempatan dan memberikan pengaruh positif.

Katanya, penubuhan Konsulat Korea pada tahun lalu di ibu negeri telah membuka jalan untuk hubungan yang lebih mendalam dan kerjasama yang lebih erat antara Korea dan Sabah.

“Ia memberikan peluang besar kepada masyarakat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Korea serta mempelajari lebih lanjut mengenai budaya mereka. 

“Daripada muzik dan tarian kepada makanan dan permainan, kita dapat menyaksikan kesan global budaya Korea dan mengalaminya secara langsung di sini,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Konsulat Republik Korea di Kota Kinabalu, Yoon Ockchae berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) serta penaja lain atas sokongan mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKCC 2024 serlah semangat perpaduan Sabah – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular