HomeUtamaBantuan subsidi FLYSiswa dinaikkan kepada RM400

Bantuan subsidi FLYSiswa dinaikkan kepada RM400

Read Time:1 Minute, 42 Second

Shah Alam : Kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYSiswa akan dinaikkan kepada RM400 daripada RM300 seorang bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Flysiswa 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini, hari ini.

“Saya umumkan (bantuan subsidi pembelian tiket) naik RM400. Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terbabit,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 74,500 pelajar daripada universiti awam, politeknik, Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan matrikulasi seluruh negara dengan menggunakan kos sebanyak RM24 juta.

Inisiatif berkenaan dijangka akan memanfaatkan oleh pelajar yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehubungan itu, para pelajar daripada institusi pendidikan tinggi yang berkenaan boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) mulai tarikh tersebut.

Pelaksanaan ini dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 60,000 orang pelajar yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Semenjak pelaksanaan inisiatif FLYsiswa ini pada tahun lalu hingga 10 Disember 2024, seramai 74.500 orang pelajar (73%) daripada keseluruhan 102,150 pelajar yang layak telah menerima manfaat daripada bantuan subsidi tiket penerbangan ini.

Ini merangkumi 37.551 (75% daripada 50,095) pada tahun 2023 dan 36,949 pelajar atau 71% daripada keseluruhan 52.055 pelajar sehingga 10 Disember 2024, telah menebus baucar digital masing-masing dengan syarikat-syarikat penerbangan negara.

Inisiatif FLYsiswa ini merupakan manifestasi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan isu kos sara hidup ditangani selaras dengan aspirasi Malaysia Madani di samping mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Tingkatkan Perpustakaan ISTAC untuk Generasi Akan Datang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular