KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia (MAO) kali ke-120 membuka tirainya hari ini di Kelab Golf & Country Sabah, menyaksikan bakat luar biasa peserta dari seluruh rantau ini.
Selepas Pusingan 1, papan pendahulu dalam kedua-dua bahagian lelaki dan wanita dipertandingkan dengan sengit, menjanjikan kesinambungan menarik bagi kejohanan berprestij ini.
Minsu Kim dari Korea dan Anson Yeo dari Malaysia berkongsi pendahulu dalam kategori Men’s Division,
kedua-duanya memperoleh 1 di bawah par 71 mendahului permainan.
Lebih menarik perhatian mereka ialah Zia Iqmal dari Malaysia dan Nguyen Anh Minh dari Vietnam, dalam kedudukan di setara par 72.
“Saya rasa ini permulaan yang hebat dan kuat dalam kejohanan sebesar ini. Course ini mencabar, tetapi saya berjaya kekal fokus dan melaksanakan pukulan saya,” kata Minsu, menyatakan keyakinan untuk pusingan akan datang.
Bagi Anson bermain di tanah air sendiri memberikan motivasi kepadanya dan akan memperhebatkan lagi momentum permainan seterusnya.
“Bermain di tanah air sentiasa menambah motivasi. Saya berbangga untuk berkongsi pendahulu dan berhasrat untuk memperhebatkan lagi momentum ini,” katanya.
Dalam kategori Women’s Division, Hyojin Park dari Korea mendahului padang dengan mantap 1 atas par 73, diikuti rapat oleh Prim Prachnakorn dari Thailand pada 2- atas-par 74 dan Malaysia Pang Hee Jie di 3-atas-par 75.
“Saya bermain dengan rentak yang mantap hari ini dan fokus untuk kekal konsisten. Course ini memberi ganjaran kepada kesabaran, dan saya teruja untuk menghadapi cabaran yang akan datang,” kata Hyojin.
Manakala pemain terbaik Malaysia, Pang Hee Jie, menyatakan keterujaannya mewakili Malaysia.
“Mewakili Malaysia di sini adalah satu penghormatan. Persaingan ini sukar, tetapi saya berazam untuk memberikan yang terbaik untuk pusingan seterusnya,” katanya.
Bagi kategori Team Event menyaksikan pasukan Korea mendahului awal dengan skor gabungan +4, hanya satu pukulan di hadapan Malaysia.
Pengarah Kejohanan Teoh Piek Kee turut memuji para peserta dan berkata persaingan rapat itu menyerlahkan bakat yang mendalam di kejohanan tahun ini.
“Kami telah menyaksikan permulaan acara yang luar biasa untuk Golf Amatur Terbuka Malaysia 2024. Persembahan hari ini mencerminkan kemahiran dan keazaman pemain, dan kami menantikan permainan golf yang lebih menarik pada hari-hari akan datang,” katanya.