HomeUtamaPBNS berjaya agih sumbangan berjumlah RM2.9 juta sepanjang tahun ini

PBNS berjaya agih sumbangan berjumlah RM2.9 juta sepanjang tahun ini

Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) berjaya mengagihkan sumbangan sebanyak RM2.6 juta menerusi skim-skim bantuan yang disediakan sepanjang tahun ini.

Pengerusi PBNS Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar berkata, antara skim bantuan yang disalurkan termasuklah bantuan pembangunan keperluan asas komuniti luar bandar dan bantuan kewangan serta bantuan perubatan dan rawatan.

Pengerusi PBNS Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar

Selain itu katanya, bantuan institusi tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama rakyat dan persatuan turut disalurkan.

Antara aktiviti penyampaian sumbangan yang disalurkan PBNS tahun ini

“Kita juga turut menyalukan bantuan pendidikan; bantuan organisasi dan kemasyarakatan; bantuan bencana; bantuan keagamaan dan keraian Islam dan bantuan keperluan asas bagi masjid dan surau.

Antara aktiviti penyampaian sumbangan yang disalurkan PBNS tahun ini

“Selain skim bantuan yang disalurkan, PBNS turut berjaya merekodkan terimaan Kumpulan Wang Amanah Baitulmal (KWAB) sebanyak lebih RM2.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat aktiviti dan prestasi pencapaian PBNS bagi tahun 2024 di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan.

Dr Omar Raisul berkata, KWAB yang diterima PBNS adalah meliputi bayaran Fidyah; Kumpulan Wang Amal Jariah; Wang Tidak Patuh Syariah dan Faraid.

Dalam pada itu, Dr Omar Raisul berkata, PBNS pada tahun ini berjaya membangunkan sistem e-Dermawan dan e-Bantuan yang selaras dengan hasrat Kerajaan negeri dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Antara aktiviti penyampaian sumbangan yang disalurkan PBNS tahun ini

Katanya, sistem e-Dermawan dibangunkan adalah bertujuan bagi memudahkan penjawat awam yang ingin membuat sumbangan sedekah melalui potongan gaji.

“Ini juga sekaligus membolehkan penyumbang untuk memuatnaik penyata sumbangan dari semasa ke semasa.

“Manakala bagi sistem e-Bantuan pula, ianya dibangunkan bertujuan untuk memudahkan orange wam memohon sumbangan PBNS bagi mereka yang berkelayakan,” katanya.

Sementara itu, Dr Omar Raisul berkata, PBNS akan terus dan memantapkan lagi aktiviti sumbangan khidmat masyarakat sama ada melibatkan individu, perseorangan, persatuan mahupun projek pembangunan keperluan asas komuniti luar bandar berimpak tinggi.

Selain itu katanya, PBS akan turut memperbaiki mutu perkhidmatan PBNS agar ianya seiring dengan kemajuan teknologi digital dengan menambak baik sistem atas talian untuk pengurusan kewangan, sumber manusia, kutipan dan agihan.

“PBSN juga akan turut menerokai peluang kerjasama yang  baharu bersama rakan-rakan strategik sama ada melalui agensi-agensi Kerajaan negeri; Persekutuan; pihak berkepakaran dan badan-badan korporat,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif atas pimpinan dan sokongan yang diberikan kepada PBNS sehingga mampu mencapai tahap kejayaan pada masa ini.

“Saya turut mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kpada semua Ahli Lembaga Pengarah PBNS yang telah memberi idea dan pandangan bagi melaksanakan tanggungjawan dan amanah yang diberikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular