HomeUtamaKontroversi Karikatur: Hormati Simbol Kedaulatan Negeri Sabah

Kontroversi Karikatur: Hormati Simbol Kedaulatan Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kontroversi yang tercetus susulan penyiaran karikatur oleh Fahmi Reza yang didakwa menghina Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah mendapat reaksi keras daripada pelbagai pihak, termasuk Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah.

Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu, menegaskan bahawa tindakan seperti itu bukan sahaja mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap simbol kedaulatan negeri tetapi juga berpotensi mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah.

“TYT adalah lambang kedaulatan, perpaduan, dan kestabilan negeri ini. Sebarang penghinaan terhadap TYT ibarat merendahkan maruah serta identiti negeri Sabah itu sendiri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lahirul, walaupun kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan itu mesti digunakan secara bertanggungjawab.

“Sabah adalah negeri yang kaya dengan tradisi dan perpaduan. Penghinaan terhadap TYT boleh mencetuskan ketegangan yang tidak perlu dan menjejaskan keharmonian masyarakat,” tambahnya.

Parti Amanah turut menggesa pihak berkuasa menyiasat isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat pelanggaran undang-undang. Dalam masa yang sama, Lahirul menyeru semua pihak, termasuk penggiat seni, untuk lebih peka terhadap sensitiviti rakyat Sabah, dengan mengekalkan kritikan secara beradab dan bertanggungjawab.

“TYT adalah institusi penting yang harus dihormati. Maruah negeri Sabah mesti dipertahankan oleh semua pihak,” tegasnya.

AMANAH Sabah berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan mendukung keharmonian rakyat negeri itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa adakan lawatan singkat ke Brunei Darussalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular