HomePendapatSabah catat pencapaian dalam pelbagai aspek

Sabah catat pencapaian dalam pelbagai aspek

Read Time:3 Minute, 46 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Sabah dalam sejarah. Pada tahun 2023, ada banyak perkara yang telah bertambah baik untuk rakyat Sabah, dan ada juga perkara yang masih memerlukan usaha yang gigih dan masa yang lebih lama untuk di tambah-baik.

2. Dua minggu lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Buku Tahunan Perangkaan Sabah 2023. Ianya melaporkan kedudukan dan pencapaian pelbagai perkara di Sabah, antaranya dari aspek: pembangunan ekonomi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, keselamatan awam, keterjaminan makanan.

3. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), agenda pembangunan ekonomi telah berjaya menjana Hasil Pendapatan Kerajaan Sabah yang lebih tinggi, meningkat 64% (RM 2.70 billion), dari RM 4.26 billion kepada RM 6.97 billion.

Ini jelas membuktikan agenda pembangunan ekonomi yang di laksanakan di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025) telah berjaya meletakkan Sabah di asas dan landasan yang lebih kukuh bagi membina kesejahteraan rakyat Sabah

4. Di samping itu, dalam tempoh masa yang sama, dengan peningkatan Hasil Pendapatan, Kerajaan Sabah juga telah meningkatkan Perbelanjaan Pembangunan. Ini bermakna hasil pendapatan yang lebih banyak di guna-pakai untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan bagi membina kesejahteraan rakyat Sabah.  

Antara lain:

  •  Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan: dana perbelanjaan meningkat 102% (RM 109 juta)
  •  Kementerian Pembangunan Infrastruktur: dana perbelanjaan meningkat 99 % (RM 351juta)

5. Pembangunan ekonomi telah berjaya merendahkan kadar Pengangguran Sabah pada tahun 2023. Sejak tahun 2021, kadar pengangguran telah merekodkan trend penurunan, setelah melonjak tinggi akibat pandemik Covid-19: 5.8% (2019), 8.0% (2020), 8.2% (2021), 7.7% (2022), 7.5% (2023).

6. Walaupun data merekodkan trend menurun, kadar pengangguran di Sabah masih tinggi berbanding dengan kadar pengangguran nasional serta lain-lain negeri dan wilayah di seluruh negara. Malangnya, ini adalah satu isu legasi yang akan mengambil masa untuk di tangani.

7. Usaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menarik pelaburan domestik dan asing menjadi terhad akibat isu-isu infrastruktur, terutamanya: bekalan elektrik dan air yang menyeluruh dan mencukupi, serta keterhubungan jalan-raya.

8. Data DOSM menunjukkan kadar pengangguran melibatkan ramai golongan muda dan berpendidikan menengah sahaja: m

  • majoriti penganggur adalah belia muda berumur 15 – 24, merangkumi 58.6% dari keseluruhan jumlah penganggur di Sabah
  • majoriti penganggur hanya memiliki pendidikan menengah sahaja, merangkumi 55.8% dari keseluruhan jumlah penganggur di Sabah

 

9. Dari aspek pendidikan, pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah terus bertambah baik. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), peratusan bilangan pelajar yang memperolehi Sijil SPM telah meningkat dari 87.8% ke 94%. 

Dengan adanya Sijil SPM, pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti Universiti, Kolej Vokasional dan Kolej Komuniti. Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran yang di miliki boleh membuka peluang pekerjaan yang lebih besar.

10. Menariknya, data DOSM menunjukkan jurang pelajar wanita dan lelaki di Universiti Awam di Sabah adalah besar, di mana wanita (66%) dan lelaki (34%).

11. Selain itu, perkhidmatan Kesihatan di Sabah turut bertambah baik. Sebagai contoh: Dalam tempoh masa 5 tahun, bilangan kakitangan perubatan yang berdaftar di Sabah telah meningkat: Doktor Perubatan (1.6%), Doktor Pergigian (54%), Jururawat Terlatih (6%).

12. Dalam tempoh masa yang sama, bilangan katil di hospital kerajaan di Sabah juga telah meningkat 4.4% (214), dari 4,819 kepada 5,033. Ini membolehkan lebih ramai rakyat Sabah mendapat rawatan di hospital kerajaan.

13. Secara keseluruhan, tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah telah bertambah baik. Dalam tempoh masa 5 tahun (2019 – 2023), kadar jenayah kekerasan dan harta benda telah menurun, manakala jenayah komersil pula telah meningkat:

  • jenayah kekerasan: menurun 16.4%
  • jenayah harta benda: menurun 29.8%
  • jenayah komersil: meningkat 36.2% 

14. Malah, Kes Mahkamah di Sabah juga telah menurun, merangkumi kedua-dua kes sivil dan jenayah.

15. Namun begitu, isu keterjaminan makanan Sabah masih membimbangkan. Dalam tempoh masa 4 tahun (2020 – 2023), import beras Sabah telah meningkat dengan amat ketara: 

  • kuantiti import beras: meningkat 261%
  • nilai import beras: meningkat 334%

Tambahan lagi, import beras Sabah bergantung tinggi kepada satu negara sahaja iaitu Vietnam, merangkumi lebih 70% daripada kuantiti dan nilai import beras.

16. Komited untuk menangani isu berkenaan, Kerajaan Sabah telah menubuh semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) baru-baru ini. Dengan adanya LPBS, pengurusan dan pembangunan industri padi dan beras Sabah secara lebih tersusun di jangka dapat memperkasa agenda keterjaminan makanan Sabah.

17. Ini sudah pasti memerlukan komitmen yang tinggi dan dana yang banyak untuk meningkatkan hasil padi dan beras, dengan membina infrastruktur pertanian yang lebih menyeluruh, membeli peralatan pertanian moden yang mencukupi, membangunkan benih padi yang bermutu serta memberi insentif kepada para petani. 

18. Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Isu, Cabaran, dan Harapan Dalam Isu Penguasaan Bahasa Inggeris di Sabah...

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular