HomeUtamaLebih 4,000 pengunjung meriahkan Karnival Ria Kinabalu

Lebih 4,000 pengunjung meriahkan Karnival Ria Kinabalu

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Lebih 4,000 orang pengunjung hadir memeriahkan Karnival Ria Kinabalu sempena Sambutan Tahun Baru 2025.

Karnival yang diadakan seawal jam 9 pagi di perkarangan Menara Kinabalu itu dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Pelbagai aktiviti dan program disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Antaranya seperti Jualan Rahmah; Kempen Derma Darah; Pameran Agensi; Autoshow; Pertandingan Mewarna dan pelbagai aktiviti lain.

Fairuz ketika ditemui berkata, program anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dilihat amat baik untuk masyarakat setempat.

“Alhamdulilah hari ini kita berada di Karnival Ria Kinabalu yang diadakan di perkarangan Menara Kinabalu yang dianjurkan UPPM Sabah.

“Program ini sangat bagus untuk kita, bagus untuk masyarakat dan hari ini kita lihat rakyat berbilang kaum hadir semuanya menyokong program ini,” katanya.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh dan Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin Tang.

Sempena tahun baharu, Fairuz berharap agar masyarakat Sabah terus maju jaya pada tahun baharu 2025.

“Apa yang penting pada hari ini adalah hari terakhir 2024 dan esok tahun baharu, selamat menyambut tahun baharu 2025.  Jadilah masyarakat Sabah yang maju jaya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kemukakan Permohonan Untuk Mendapatkan Keampunan Atau Pengurangan Hukuman – Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular