HomeUtamaPembangunan mampan, tangani isu dihadapi kumpulan terpinggir diberi tumpuan - PM

Pembangunan mampan, tangani isu dihadapi kumpulan terpinggir diberi tumpuan – PM

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kuala Lumpur : Malaysia yang akan menjadi pengerusi ASEAN 2025 akan memberi tumpuan kepada usaha bagi memastikan pembangunan mampan dan menangani isu yang dihadapi oleh kumpulan terpinggir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah bertepatan dengan tema keberangkatan dan ketampanan yang membawa seluruh kekuatan sebagai satu kesatuan.

“Kerumitan lanskap global saat ini menuntut ASEAN untuk melakar peranan dan pengarahan baru. Ini ternyata menjadi tugas besar Malaysia tak kala memimpin ASEAN tahun ini dengan mengangkat tema keterangkuman dan kemampanan.

“Jadi inilah maksud kita supaya ASEAN menikmati dan berkongsi limpahan kemakmuran secara adil tanpa ada kelompok atau wilayah yang disisihkan.

“Maka untuk maksud ini kita harus bersama menjunjung prinsip ‘striving for excellence’ maknanya berusaha mencari jalan dan kaedah supaya mencatat kecemerlangan mengukuh perpaduan dalam negara kita dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Tahun Baharu 2025 yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini.

Anwar berkata negara juga harus teratur dengan baik selain tata kelola perlu di mantapkan selain  ketirisan dan rasuah mesti dibanteras.

“Barulah kita akan perolehi penghormatan sebagai satu negara yang berdaulat merdeka dan bertanggungjawab.

“Inilah penghormatan yang besar untuk negara dan peluang untuk membina lembaran baru dalam agenda serantau dan global yang terus mencabar selagi beberapa isu pokok seperti pembantayan, kezaliman, penindasan penjajahan di Gaza dan beberapa kawasan yang mencabar selainnya,” katanya – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

G57 lapor polis sekumpulan pelajar dan alumni UMS sebar fitnah, hasutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular