KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperluaskan siasatan terhadap sindiket rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan institusi kewangan dengan penahanan empat lagi pegawai bank semalam.
Penahanan ini adalah susulan operasi besar-besaran SPRM yang berjaya menumpaskan sindiket terbabit selepas penahanan 12 individu di Lembah Klang sebelum ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan permohonan reman ke atas empat pegawai terbaru akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan lapor Portal FMT.
“Setakat ini, lima daripada 12 individu yang ditahan sebelum ini telah dilepaskan daripada tahanan reman, manakala reman terhadap lima lagi akan dipohon untuk dilanjutkan,” kata Azam
Menurutnya lagi Sehingga kini, sebanyak 4,000 dokumen telah dirampas oleh SPRM bagi menyokong siasatan kes ini. Dokumen tersebut berkaitan kelulusan pinjaman bernilai RM700 juta kepada 4,000 penjawat awam oleh sindiket yang didakwa melibatkan pegawai bank dan syarikat perunding kewangan.
Sementara itu menurut Azam lagi , pinjaman tersebut telah diluluskan sejak syarikat perunding berkenaan mula beroperasi pada tahun 2020.
SPRM mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam di mana, pinjaman yang diluluskan itu daripada pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.
Terdahulu SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.
Suspek, dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.
Antara yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.