HomeUtamaDua Anggota Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Semasa Operasi Kebakaran

Dua Anggota Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Semasa Operasi Kebakaran

Read Time:58 Second

Dua anggota bomba cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika bertugas memadamkan kebakaran di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Pantai Berahi, Petagas, malam Rabu.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam, melibatkan Pegawai Bomba Amran Amir, 34, yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut, manakala Pegawai Bomba Kanan II Sharif Faizul, 38, menerima rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 11.59 malam. Sebanyak enam anggota BBP Putatan bersama 23 anggota BBP Kota Kinabalu dan sembilan anggota BBP Penampang telah dikerahkan ke lokasi, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai bomba.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah rumah di tingkat atas bangunan kedai yang terbakar 100 peratus. Pasukan bomba berjaya memadamkan api, namun dua anggota terkena renjatan elektrik semasa operasi berlangsung. Kedua-duanya kini dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Noor Sherriyana juga mengesahkan bahawa tiada mangsa orang awam terlibat dalam insiden ini.

Operasi memadam kebakaran disahkan tamat pada jam 1.40 pagi selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.

RELATED ARTICLES
Utama

Gangguan Bekalan Air di Kota Kinabalu dan Tuaran pada 25 Februari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular