HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan kapal pukat jerut bilis, langgar syarat lesen

Maritim Malaysia tahan kapal pukat jerut bilis, langgar syarat lesen

Read Time:1 Minute, 7 Second

Lahad Datu :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah kapal pukat jerut bilis di sekitar perairan Kunak, pada Selasa lalu.

Pengarah Maritim Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kapal itu ditahan di kedudukan 0.8 batu nautika Timur Laut Kunak Tiga lebih kurang jam 1.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati, kapal pukat jerut bilis dikendalikan dua warga tempatan berusia 19 dan 44 tahun serta seorang warga Filipina berusia 53 tahun bersama hasil tangkapan seberat lima kilogram. 

Tambahnya, semua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kapal tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan terhampir.

“Kesemua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. 

“Nilai tangkapan adalah lebih kurang RM85,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulfikhar berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang- undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016- 9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pelajar Non Residen UMS santuni anak yatim di Pitas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular