HomeUtamaSabah Electricity anjur program bersama komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 & Tahun...

Sabah Electricity anjur program bersama komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 & Tahun Baharu Cina 2025

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity akan menganjurkan Program Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Hari Krismas 2024 dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada 26 Januari, 2025 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Rumah terbuka ini menjadi platfom untuk menyemai dan memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa selain memberikan peluang kepada masyarakat di Daearah Tuaran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan Sabah Electricity.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Trasnformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah Electricity mensasarkan kehadiran lebih 2,000 orang dan pelbagai acara menarik telah dirancang, antaranya adalah cabutan tiket bertuah, persembahan Tarian Singa dan persembahan pentas.

Orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke rumah terbuka itu.

RELATED ARTICLES
Utama

SKMM Kini Berhubung Dengan TikTok Ekoran isu Sekatan Akaun Organisasi Media

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular