HomeUtamaPelabuhan SOGIP di Sipitang pemangkin pembangunan ekonomi lestari, seimbang

Pelabuhan SOGIP di Sipitang pemangkin pembangunan ekonomi lestari, seimbang

Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang yang diisytiharkan secara rasmi hari ini berupaya menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi yang lebih lestari dan seimbang di seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelabuhan itu juga akan dapat membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan eksport dan menarik lebih banyak pelaburan asing.

Katanya, pelabuhan itu akan menjadikan Sabah sebagai sebuah destinasi utama dalam sektor perdagangan, pelabuhan, serta perkapalan antarabangsa.

“Manfaat ekonomi kawasan ini amat jelas. Dengan kedudukan strategiknya di pantai barat Sabah yang menghadap Laut China Selatan, Sipitang kini menjadi pintu gerbang baru untuk perdagangan maritim di rantau ini. 

“Pelabuhan baru ini, akan memberikan dorongan besar kepada pelbagai sektor ekonomi tempatan, termasuk pengangkutan, perkapalan, dan perkhidmatan logistik.

“Pelabuhan ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan, meningkatkan pendapatan isi rumah, dan mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Rasmi Pelabuhan SOGIP dan menandatangani perjanjian konsensi pelabuhan diantara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd   & Sogip Port Sdn Bhd di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, sebagai kawasan pelabuhan baru, ianya tidak hanya meningkatkan kapasiti negeri untuk mengendali penghantaran dan penerimaan barang-barang antarabangsa, tetapi turut memperluaskan aksesibiliti perniagaan ke pasaran global. 

Katanya, ia adalah langkah penting dalam mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara jiran dan serantau. 

“Dengan ini, kita yakin bahawa pertumbuhan perdagangan bilateral dan multilateral akan meningkat dengan ketara. Dengan adanya sebuah pelabuhan baru di Sipitang, ini tidak hanya menyediakan kemudahan pengendalian barang yang lebih efisien tetapi juga mempertingkatkan rantaian bekalan logistik negeri. 

“Dengan infrastruktur yang tersedia, Sipitang akan menjadi pusat logistik yang penting dalam rantau ini, menyokong aktiviti perdagangan dan perindustrian dengan lebih baik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

APFCP 2025 mampu perkasa perkhidmatan penjagaan kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular