HomePendapatIsu, Cabaran, dan Harapan Dalam Isu Penguasaan Bahasa Inggeris di Sabah dan...

Isu, Cabaran, dan Harapan Dalam Isu Penguasaan Bahasa Inggeris di Sabah dan Malaysia

Read Time:2 Minute, 45 Second

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah baru-baru ini menyatakan bahawa Sabah akan memperkasa tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar bermula tahun 2025. Tumpuan juga akan diberikan kepada memperkasa Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Untuk tujuan ini, Kerajaan Sabah sedia melibatkan pakar Bahasa Inggeris dari pelbagai organisasi, termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Institut Latihan Perguruan.

Sabah mempunyai sejarah panjang penggunaan Bahasa Inggeris, yang diutamakan sehingga ia dilindungi di bawah Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan.

Pada Julai 2022, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengemukakan usul kepada Speaker DUN Sabah untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sabah. Usul ini dikaitkan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Inter-Government Committee (IGC) 1962 bagi meningkatkan daya saing rakyat Sabah.

Walaupun begitu, tiada maklumat sama ada usul tersebut dibentangkan atau diluluskan.

Pada November 2023, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia memaklumkan Kabinet Malaysia telah bersetuju membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris untuk urusan rasmi di Sabah dan Sarawak, termasuk di mahkamah dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, ramai berpendapat penguasaan Bahasa Inggeris di seluruh negara telah merosot, terutama dalam kalangan belia. Pro Canselor UMS pernah menyatakan kelemahan ini berpunca daripada sistem pendidikan yang lemah dan ketiadaan kesungguhan politik.

Dasar pendidikan sering berubah mengikut kepimpinan. Contohnya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003 tetapi dimansuhkan pada 2012 akibat bantahan.

Program Dwibahasa (DLP) diperkenalkan pada 2016 dan setakat Mac 2024, kira-kira 2,500 sekolah melaksanakannya, namun jumlah ini kecil berbanding lebih 10,000 sekolah di negara ini.

Tahun20162017201820192020202120222024
Jumlah Sekolah3371,1901,3421,3572,2592.2982,3662,501

Walaupun pencapaian pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Inggeris meningkat antara 2017 dan 2023, kemahiran bertutur dan menulis masih lemah. Situasi ini mengakibatkan ramai graduan sukar mendapatkan pekerjaan.

Penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi diperlukan untuk memenuhi keperluan bidang seperti perdagangan, pendidikan, penyelidikan, perundangan, dan diplomasi. Kekurangan pendedahan, peluang, dan latihan menyebabkan kemahiran bertutur dan menulis terabai.

  TahunSPM: Bahasa Inggeris
Gred: Cemerlang (%) (A+, A, A-)Gred: Gagal (%)
202327.211.2
202224.814.3
202122.313.9
202016.219.9
201916.019.5
201814.420.6
201716.520.1

Oleh itu, kerajaan mesti tekad melaksanakan dasar pendidikan secara konsisten dan berfokus untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam keempat-empat kemahiran utama: membaca, menulis, mendengar, dan bertutur.

Hakikatnya, Bahasa Inggeris di guna-pakai secara meluas di Malaysia dan di seluruh dunia sebagai bahasa utama bagi pelbagai tujuan, urusan dan bidang, antaranya: perdagangan, pendidikan, penyelidikan & pembangunan (R&D), perundangan, diplomasi, perubatan. Tanpa kemahiran bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang tinggi, seseorang tidak dapat melaksanakan tugas pekerjaan secara berkesan dan bermutu.  

Kelemahan dua kemahiran berkenaan mungkin berpunca daripada kurangnya pendedahan, peluang dan latihan. Bagi majoriti pelajar, Bahasa Inggeris hanya di guna-pakai di dalam kelas semasa pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris sahaja. Jumlah masa di dalam kelas sangatlah terhad untuk membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran berkenaan.

Di luar kelas dan sekolah pula, pelajar jarang sekali bertutur dan menulis Bahasa Inggeris. Hanya mendengar dan membaca konten popular culture.      

Justeru itu, tahap penguasaan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia, terutamanya bakat muda negara, mesti di perkasa merangkumi keempat-empat kemahiran berkenaan. Kerajaan Malaysia mesti tekad di dalam perlaksanaan dasar, dan tidak flip-flop serta sering bertukar hala.  

Rakyat berilmu, negara maju.

RELATED ARTICLES
Utama

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular