HomeUtamaMasalah air di Tawau dapat diatasi menjelang 2026 - Shahelmey

Masalah air di Tawau dapat diatasi menjelang 2026 – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau : Masalah bekalan air di daerah ini akan dapat diatasi apabila empangan air Cinta Mata siap sepenuhnya menjelang tahun 2026. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, empangan tersebut dapat membekalkan air yang mencukupi untuk jangka masa panjang kepada penduduk sekitar daerah Tawau.

“Masalah air yang sering berlaku ini disebabkan oleh pelbagai punca, di kawasan Tawau sememangnya sumber bekalan air semakin kecil berbanding dengan permintaan. Maka itu, kita sedang membina empangan di Tawau yang dijangka siap menjelang tahun 2026.

“Apabila empangan tersebut siap kelak maka jumlah bekalan air mentah untuk dirawat adalah mencukupi untuk jangka masa yang Panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena lawatan kerja dua hari beliau ke daerah Tawau dan Kunak di Jambatan Putih Jalan Utara di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya juga giat menggantikan paip-paip yang bocor dan pam atau peralatan yang lama  selain perlu diganti sebagai langkah memberi lebih efisien kerja-kerja di loji rawatan air.

“Pada tahun lepas juga, kita telah melatih panel-panel kontraktor bagi tujuan membaiki kerosakan paip dan peralatan yang rosak dengan ini sekiranya ada kerosakan berlaku dapat ditangani dengan cepat.

“Kita juga memantau kes-kes kecurian atas sambungan haram terhadap sistem agihan kita, jadi dalam perancangan jabatan air iaitu program mengurangkan kadar air yang tidak berhasil sedang berjalan dan kita berharap ianya dapat mencapai objektif yang dimahukan.

“Untuk jangka masa pendek, kita sedang membuat pemotongan penyambungan paip haram, saya juga diberitahu adanya agihan air melalui lori tangki yang sedang dijalankan, maka saya juga sudah maklumkan kepada jabatan air dan juga Kerajaan Negeri Sabah untuk memasukkan perolehan lori tangki yang baru dan juga tambahan sebagai penyelesaian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular