HomeUtamaTun Musa tunai solat Jumaat di Keningau

Tun Musa tunai solat Jumaat di Keningau

Read Time:46 Second

Keningau :  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid At Taqwa Keningau di sini.

Tun Musa tiba  pada jam 12.32 tengah hari dan disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif serta ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau turut mengikuti khutbah bertajuk ‘Bencana Alam Peringatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala Agar Tidak Sombong dan Zalim’ yang disampaikan Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Kalana Lias.

Sejurus selepas itu, Tun Musa menyertai kira-kira 500 jemaah menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Masjid Daerah At-Taqwa Kiflie Yasoi.

Selesai solat Jumaat, Tun Musa turut meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menyantuni para jemaah termasuk jemaah cilik.

Pada 4 Januari lalu, Tun Musa menunaikan solat Jumaat di Masjid Akhbar Khan Kampung Bingkul, Beaufort iaitu daerah kelahirannya, manakala Keningau merupakan daerah asal allahyarhamah bondanya.

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular