HomeUtamaPelabuhan SOGIP perkukuh perdagangan, pacu pertumbuhan ekonomi

Pelabuhan SOGIP perkukuh perdagangan, pacu pertumbuhan ekonomi

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang bakal menjadi pintu yang menghubungkan Sabah ke seluruh dunia.

Pengerusi Pelabuhan SOGIP, Datuk Harun Ismail berkata, lokasi yang strategik itu berpotensi memperkukuh perdagangan antarabangsa dan memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang minyak dan gas.  

Katanya, dalam beberapa tahun,pembangunan pelabuhan moden, cekap, dan mampan ini akan menjadi asas penting dalam menyokong pelbagai jenis kargo serta akan menyumbang besar kepada ekonomi Sabah.

”Di bawah Pelan Pembangunan Induk SOGIP (SMDP), pembangunan Pelabuhan SOGIP akan merangkumi pelbagai kemudahan utama, termasuklah Jeti Kargo Am yang menyediakan dermaga kontena dan dermaga kargo break bulk, Jeti Kargo Cecair, Single Buoy Mooring (SBM), Jeti Kargo Kering, dan Jeti PETRONAS.

“Selain itu, kemudahan tambahan seperti ‘Barge Landing’ atau MOLF turut disediakan. Jeti PETRONAS khususnya jeti ZLNG dan SAMUR, mengendalikan pengeksportan produk seperti LNG, ammonia, dan urea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Rasmi Pelabuhan SOGIP dan menandatangani perjanjian konsensi pelabuhan diantara Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd   & Sogip Port Sdn Bhd di Menara Kinabalu di sini.

Majlis itu dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Harun berkata, Jeti Kargo Kering pula dijangka mampu menampung kapal Valemax dengan panjang keseluruhan 380 meter dan berat muatan sehingga 400,000 DWT dan ia direka khusus untuk mengendalikan kargo bijih besi (iron ore) secara pukal.

Katanya, sebagai tambahan, Bangunan Menara Kawalan dan ‘One Stop Center’ Pelabuhan SOGIP juga akan dibina untuk menyokong operasi pelabuhan dan memperkukuh perkhidmatan logistik di kawasan ini.

Dalam pada itu, Harun dalam sidang medianya berkata, Pelabuhan SOGIP akan menjadi sebuah pelabuhan yang mampu menampung jumlah transaksi terbesar di negeri ini.

”Kita jangkakan dalam tiga hingga empat tahun yang mendatang ni ’volume’ yang akan dikendalikan melalui pelabuhan ini akan menjadi satu volume yang agak besar di Sabah berdasarkan kepada pelabur-pelabur yang telahpun menandatangani list aggrement dengan SOGDC,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa adakan lawatan singkat ke Brunei Darussalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular