HomeUtamaLima suspek ditahan kes bunuh pekerja ladang di Bongawan

Lima suspek ditahan kes bunuh pekerja ladang di Bongawan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J. EVACHELL JOHN

PAPAR: Lima suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pekerja ladang sawit di Kampung Ulu Lumagar, Bongawan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata pihaknya menerima aduan daripada pemilik ladang sawit berkenaan mengenai pergaduhan antara beberapa orang pekerja syarikat, dan dipercayai seorang mangsa telah ditikam.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Balai Polis Bongawan berjaya menahan lima suspek, termasuk tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Ulu Lumagar pada 31 Januari sekitar jam 12 tengah hari.

“Polis turut merampas sebilah pisau berhulu kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Semua suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Khamis (30 Januari) sekitar jam 8 malam apabila mangsa warga Filipina berusia 37 tahun, bertanya mengenai duit RM20 yang diberi isterinya untuk membeli ikan dan roti.

“Pertengkaran berlaku kerana suspek tidak mengaku dan tidak mahu memulangkan wang yang diperolehinya dari isteri mangsa.

“Semasa pentengkaran mulut berlaku, suspek telah bertindak masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pisau kecil lalu terus menyerang si mati dengan menikam mangsa berkali-kali di tubuh badan mangsa,” katanya.

Menurut Kamaruddin, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Desmond A/L Tanggapan di talian 019-488 3322,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

YTL Communications Raih Anugerah Inovasi 5G Di GTI Awards 2025

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular