HomeUtamaHujan berterusan tahap buruk, waspada di Sabah sehingga esok

Hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sabah sehingga esok

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa buah bahagian di Sabah bermula hari ini sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan kawasan yang terlibat bagi tahap buruk melibatkan Telupid, Beluran dan Sandakan sehingga esok.

“Bagi kawasan yang dijangka dilanda hujan berterusan tahap buruk adalah melibatkan bahagian Sandakan iaitu di Telupid dan Sandakan.

“Cuaca sama bagi tahap waspada di Sabah juga dijangka berlaku di Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat sehingga Rabu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Hujan lebat berterusan  juga dijangka berlaku di negeri Sarawak bagi tahap waspada di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Jafry (duduk, tengah) bersama pihak penganjur lain menunjukkan poster promosi Sambutan Hari Malaysia 2026 pada sidang media khas di sini, hari ini. - Foto Sabah Media/ Alexter Rosalia
Utama

Hari Malaysia bukan sekadar sambutan, penghayatan generasi muda jadi fokus utama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular