KOTA KINABALU: Persatuan Komuniti Sabah Brunei menganjurkan Kejohanan Golf Silaturahim antara Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Brunei Darussalam baru-baru ini.
Kejohanan Golf kali ke-3 yang dianjurkan itu berjaya menarik seramai 64 pemain golf telah berlangsung di Nexus Karambunai dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.
Menurut Saifuddin tujuan perhimpunan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat Brunei di Sabah dan Brunei Darussalam.
Pasukan delegasi Brunei diketuai oleh Aminuddin Mohd Ali, manakala Abdul Rahman Latip mewakili masyarakat Brunei di Sabah.
Aminuddin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan itu meskipun berdepan keadaan cuaca mencabar.
Beliau juga berharap ikatan silaturahim yang sedia terjalin akan terus erat antara masyarakat Brunei di Sabah dan Brunei Darussalam.