HomeUtamaAPM Sandakan bantu keluarkan calon SPM terperangkap banjir

APM Sandakan bantu keluarkan calon SPM terperangkap banjir

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sandakan: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terperangkap dengan banjir kilat di Kampung Gum-Gum awal pagi tadi berjaya dibantu keluar oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sandakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai keperluan bantuan tersebut pada jam 7.15 pagi. 

“Pihak APM daerah Sandakan telah menerima panggilan dari orang awam melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi membantu seorang calon SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura berikutan kediaman mereka dinaiki air.

“Tindakan seterusnya, pihak kami mengatur gerak pasukan dengan kekuatan seorang pegawai dan 4 llp beserta aset air (bot) ke lokasi.

“Tiba di lokasi pada jam 7.35 dan proses kerja mengeluarkan pelajar tersebut dari kediaman selesai pada jam 8 pagi dengan menggunakan bot fiber APM,” katanya.

Sulaiman berkata, jarak untuk menghantar calon SPM tersebut dari kampung ke SMK Elopura adalah sejauh lebih kurang tujuh kilometer.

Katanya,  pelajar berkenaan selamat sampai ke sekolah dengan menaiki pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, setakat ini pasukannya sudah membuat pemantauan keseluruhan lokasi terjejas dan walaupun kawasan kediaman masih dinaiki air, namun masih dalam keadaan terkawal.

“Untuk pasukan APM, kita masih menempatkam pasukan di lapangan (Kampung Gum-Gum) untuk siap siaga sebarang kenaikan air,” katanya. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa adakan lawatan singkat ke Brunei Darussalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular