HomeUtamaUMS, PMWP kukuhkan kerjasama dalam bidang akademik & penyelidikan

UMS, PMWP kukuhkan kerjasama dalam bidang akademik & penyelidikan

Read Time:55 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALI: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Memorandum itu akan mengikat kerjasama antara UMS dan PMWP dalam beberapa bidang penting khususnya dalam aspek penyelidikan, penerbitan, konsultasi, dan projek komuniti.

Menandatangani MoU disempurnakan oleh Naib Cancelor UMS Profesor Datuk Dr. Kassim Mansor dan Mufti PMWP Profesor Madya Dr Luqman Abdullah di Bangunan Canselori UMS pada Selasa.

Dr. Kassim dalam ucapan berkata, dengan termeterai MoU ini, UMS akan komited bekerjasama dalam bidang akademik dan profesionalisme bagi memperkukuhkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan masyarakat dan negara.

”UMS juga komited untuk meningkatkan kerjasama dari segi penyelidikan, akademik, pemindahan ilmu kepada masyarakat dan industri yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

”Selain pendidikan formal, UMS bersedia untuk menyediakan latihan tambahan, kursus profesional, dan peluang pembangunan untuk pelajar dan masyarakat umum. Kita akan membantu mereka melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan industri.

”Sebagai contoh, penganjuran program latihan pemantapan, perkongsian data dan program cerapan anak bulan, yang mana mampu meningkatkan minat di kalangan para pelajar dan warga UMS” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular