HomeUtama64 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPK Selagon

64 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPK Selagon

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu: Seramai 64 orang mangsa dari 25 Ketua Isi Keluarga (KIR) di Kampung Suasa, Beaufort yang terjejas banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan  Kekal (PPK) Dewan Selagon petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah hari.

Katanya, seramai tiga anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Komander operasi melaporkan berlaku bencana banjir di Kampung Suasa,Beaufort. Pasukan bomba bersama agensi bantuan lain membuat pemantuan kawasan banjir dan seterusnya memindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPK Selagon.

“Seramai 64 mangsa dari 25 keluarga telah di pindahkan dari kawasan banjir dan di hantar ke PPS Dewan Selagon, Beaufort,” menurut kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi memindahkan mangsa masih dijalankan dan maklumat akan di kemaskini dari semasa ke semasa.  – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran pelancong ke Sabah terus meningkat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular