HomeUtamaMangsa terjejas banjir di Beaufort meningkat

Mangsa terjejas banjir di Beaufort meningkat

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa terjejas banjir di daerah Beaufort meningkat kepada 384 orang membabitkan 124 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat 109 orang berbanding 275 orang yang direkodkan jam 12 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan itu, selain Beaufort, tiga daerah lain yang turut terjejas adalah di Kinabatangan; Keningau dan Tambunan.

“Setakat jam 8 pagi tadi Kinabatangan masih merekodkan jumlah mangsa seramai 276 orang dan ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau dan SK Bukit Garam.

“Manakala di Keningau seramai 132 orang juga masih ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau dan Dewan Masyarakat Keningau,” menurut kenyataan itu disini.

Tambah kenyataan itu lagi, seramai 12 orang mangsa di Tambunan yang terjejas banjir masih ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Daerah Tambunan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular