Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman selamat tiba di ibu negeri jam 12.50 tengah hari tadi.
Ketibaan beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin disambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tan Lee Fatt serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Isnin lalu, Tun Musa Aman berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-268 di Istana Negara selama dua hari bermula Selasa.