HomeUtamaAmbil tindakan segera, elak kemalangan serius berlaku - Hajiji

Ambil tindakan segera, elak kemalangan serius berlaku – Hajiji

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Kementerian berkaitan mengambil tindakan segera terhadap sebarang kerosakan jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan yang serius kepada pengguna.

Beliau juga mahu kakitangan terlibat supaya lebih proaktif dalam menyelesaikan perkara atau masalah seumpama itu.

“Ini adalah sesuatu perkara yang sedih dengan apa yang berlaku tetapi Kerajaan akan terus mengatasi masalah-masalah seumpama ini agar ianya jangan lagi berulang dimasa akan datang.

“Kita tegas maklumkan kepada pegawai-pegawai kita, jabatan yang bertanggungjawab supaya melihat perkara seumpama ini dengan serius dan menyelesaikan masalah-masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025, Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia.

Hajiji berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa kerosakan jalan raya yang turut mengakibatkan kemalangan maut.

Beliau juga mahu pegawai-pegawai terlibat supaya lebih proaktif dalam menyelesaikan perkara ataupun masalah seumpama ini.

Terdahulu, Hajiji berkata, sambutan yang diadakan itu menggambarkan keharmonian dan perpaduan rakyat Sabah yang sentiasa terjalin.

“Program hari ini begitu istimewa kepada kita di Sabah yang terdiri dari pelbagai suku kaum.  Perayaan Tahun Baru Cina antara perayaan yang diraikan bersama dengan kaum  lain.

“Ini adalah sesuatu  yang mengambarkan keharmonian dan perpaduan kita di Sabah.  Ini cukup istimewa sekali. Kita tidak pilih bangsa, agama, keturunan. Ada perayaan besar seumpama ini, kita bersama-sama,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MEDIA FR

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular