HomeUtamaPekerja ladang didakwa bunuh rakan sekerja

Pekerja ladang didakwa bunuh rakan sekerja

Read Time:49 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

PAPAR: Seorang pekerja ladang yang ditahan hujung bulan lepas berhubung kematian rakan sekerjanya didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Litar Papar, hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Risdi Baharuddin, 26, kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Abdurrahman Abrar Jarni menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik kimia.

Mengikut pertuduhan, Risdi didakwa membunuh seorang lelaki warganegara Filipina, Jiecy Rondian, pada 30 Januari, antara jam 6 hingga 8 malam, di rumah kongsi Ladang Sawit Koperasi Anak-Anak Tempatan Pantai Barat, Jalan Ulu Bongawan, Papar.

Risdi, seorang warganegara Indonesia, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga hendaklah dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Rosmanuri Salleh, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

GRS-PH sebuah kerajaan peduli rakyat – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular