HomeUtamaMutiara GRS raikan kanak-kanak sekolah sempena CNY

Mutiara GRS raikan kanak-kanak sekolah sempena CNY

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) meraikan 50 orang kanak-kanak sempena program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 pertubuhan itu di Putera Ballroom, Luyang di sini semalam.

Pada majlis itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Di- Pertua Mutiara GRS menyampaikan ‘goodie bags’ dan Angpow kepada kanak-kanak dari lima buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

Juliah berkata, program tahunan Mutiara GRS itu bertujuan menyantuni kanak-kanak terpilih dari lima buah sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, St. Francis Convent, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Shan Tao, Chung Hwa Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan (Cina) Anglo Chinese.

“Menerusi program sambutan ini kita berharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan, selain membawa keceriaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak ini.

“Mutiara GRS telah merancang beberapa program yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk program menyantuni rakyat dan golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih,” katanya.

Selain jamuan makan, kanak-kanak itu turut dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa, permainan kanak-kanak dan persembahan magik.

Hadir sama Naib Yang Di-Pertua I Mutiara GRS, Datin Seri Cecilia E.Kitingan, Naib Yang Di-Pertua III/Setiausaha Kehormat, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi dan Pengerusi Pelaksana Sambutan Tahun Baru Cina Mutiara GRS, Datin Seri Stella Yong.

RELATED ARTICLES
Utama

Belia pemangkin perubahan, pemacu kemajuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular