HomeUtamaYayasan PETRONAS Sambut Tahun Baharu Cina Bersama Penerima Program Uplifting Lives

Yayasan PETRONAS Sambut Tahun Baharu Cina Bersama Penerima Program Uplifting Lives

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Yayasan PETRONAS meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama penerima Program Uplifting Lives di Kota Kinabalu pada Isnin (10 Feb).

Majlis itu dimeriahkan dengan penyerahan pek perayaan oleh Pengurus Besar Kanan, Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Khairuddin M Jaafar, bersama Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Siti Ayu dalam ucapannya berkata, sambutan Tahun Baharu Cina adalah masa yang sesuai untuk perayaan, pertemuan semula dan semangat muhibah.

“Menerusi program ini, kami mahu menceriakan komuniti di seluruh Malaysia dengan membawa kegembiraan perayaan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk berkongsi kegembiraan dengan semua yang meraikan dan memberi impak bermakna kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Program Uplifting Lives adalah inisiatif tahunan Yayasan PETRONAS sempena perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas bagi membawa keceriaan kepada komuniti di seluruh negara.

Di Sabah, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kedudukan Sipitang beri kelebihan tarik lebih ramai pelabur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular