HomeUtamaDua pos imbangan Tentera dijangka siap tahun ini

Dua pos imbangan Tentera dijangka siap tahun ini

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Dua pos imbangan tentera yang kini dalam sedang pembinaan di Tambulanan dan Ladang Brantian dijangka siap tahun ini yang berupaya membantu meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sempadan negara terutama di Sabah.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata terdapat beberapa projek pembangunan infrastruktur pertahanan yang sedang giat dilaksanakan di Sarawak dan Sabah melibatkan pembinaan  baharu ataupun menaik taraf pos-pos sedia ada.

“Terdapat juga empat pos keselamatan di Pulau Sebatik yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kolaborasi Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pertahanan dengan satu pos akan diberikan kepada TDM untuk menduduki pos tersebut iaitu di Sungai Kuning, Pulau Sebatik.

“Pada tahun lepas, Pos Mentadak Felda Selatan di Kalabakan berjaya disiapkan dan kami juga akan terus memperkasakan pos-pos sedia ada supaya anggota kami dapat bekerja dengan lebih selesa dan memberi perhatian kepada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan di kawasan sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan kepimpinan tertinggi TDM di Sabah kepada Tun Musa di samping memaklumkan perkembangan keselamatan khususnya pembinaan beberapa pos keselamatan baharu di pesisir pantai dan Pulau Sebatik.

Mohd Sofi yang diiringi isteri, Datin Erni Irawati Rosli juga memaklumkan TDM menerusi aturgerak Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) sentiasa proaktif membantu rakyat yang terkesan dengan Monsun Timur Laut yang berlaku kini.

“Alhamdulillah, kami telah dapat selaraskan dan bekerjasama dengan agensi-agensi pihak berkuasa awam lain menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin, Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd  Zamri Abdullah dan Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Jagjit Singh A/L Indar Singh bersama isteri masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes HFMD di seluruh negara meningkat 266 peratus – KKM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular