HomeUtamaKVB lawat beberapa institut kemahiran di Sarawak tingkat pengetahuan industri

KVB lawat beberapa institut kemahiran di Sarawak tingkat pengetahuan industri

Read Time:1 Minute, 15 Second

Beaufort: Kolej Vokasional Beaufort (KVB) baru-baru ini telah mengadakan Jelajah Industri dan Lawatan Penanda Aras ‘Spirit of Borneo’ ke beberapa institut kemahiran di Sarawak sebagai usaha meningkatkan pengetahuan pelajar dalam industri sasaran.

Penyelaras Program Jelajah Industri KVB, Najil Makong berkata, lawatan tersebut melibatkan beberapa pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) iaitu ADTEC Bintulu, RIAM Institute of  Technology, AZAMA Auto Parts serta lawatan penanda aras di Kolej Vokasional Bintulu yang juga bertujuan menjalin hubungan dan jaringan kolaborasi antara organisasi dilawati.

“Lawatan ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang yang dipelajari melalui pembelajaran secara langsung di industri serta institut kemahiran berteraskan TVET,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Jaminan Kualiti KVB, Dr. Asrin Gili berkata, lawatan tiga hari bermula 23 sehingga 25 Januari itu memberi peluang memperbaiki dan memperbaharui sistem jaminan kualiti yang ada di KVB.

“Selain itu, mempelajari cara industri menguruskan standard kualiti, proses audit, penambahbaikan berterusan serta pengukuran prestasi yang akhirnya dapat diterjemahkan kepada penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran program pendidikan di kolej.

“Melalui program ini kita dapat memperkukuh kerjasama dengan industri yang membawa manfaat dalam penyediaan peluang latihan praktikal, menyelaraskan kurikulum dengan kehendak industri dan memperbaiki kualiti graduan dalam konteks kebolehpasaran,” katanya.

Lawatan tersebut disertai 40 peserta diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) KVB Dg Fauziah Binti Ag Tahir, ketua-ketua jabatan, para pensyarah serta pelajar untuk memberi pendedahan mengenai amalan terbaik, inovasi dalam pekerjaan dan teknologi terkini yang digunakan dalam bidang TVET.

RELATED ARTICLES
Utama

Warisan Silap Sasaran Isu Subsidi LPG, Kata Setiausaha Politik Ketua Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular