HomeUtama"Hening Rindu" nyanyian Marsha Milan dinobat juara AJL39

“Hening Rindu” nyanyian Marsha Milan dinobat juara AJL39

Read Time:48 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan, mencipta sejarah peribadi apabila lagu “Hening Rindu” dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), sekaligus menjadi kemenangan sulungnya di pentas berprestij itu.

Lagu yang digubah oleh Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, dengan lirik sepenuhnya hasil nukilan Wan Salleh, berjaya menawan hati para juri dan membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai RM100,000.

Di tempat kedua, “Bukan Lagi Kita” yang dipersembahkan oleh Nadeera Zaini dalam penampilan sulungnya di AJL turut mencuri tumpuan, membawa pulang trofi dan RM50,000. Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik “Saksama” oleh Akim & The Majistret, yang meraih trofi serta RM30,000.

Dalam kategori lain, Ernie Zakri sekali lagi membuktikan keunggulan vokalnya apabila dinobat sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu “Aura”. Manakala Aina Abdul, yang mempertaruhkan lagu “Puas Sudah”, berjaya memenangi anugerah Persembahan Terbaik.

Malam penuh gemilang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan persaingan sengit kesemua 10 finalis.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Batu 2, Kg Baru, Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular